My Stori

Chart – Apa Ada Disebalik Pergerakan Harga

No comments

Bagi trader yang mengamalkan analisa teknikal chart memang tak boleh dipisahkan. Tanpa mengira trader Futures, Forex, atau Stock Market semuanya akan merujuk kepada carta. Ada yang selesa menggunakan candlestick, ada yang selesa gunakan bar chart dan tak disangkal ada yang gemar gunakan line chart sahaja untuk analisa teknikal.

chart komoditi Futures crude oil  chart forex EUR/USD  chart stock Apple

Jenis chart candlestick yang menunjukkan instrument berbeza iaitu Crude Oil, EUR/USD, Stock Apple – Sumber chart http://investing.com

Apa Ada Pada Chart?

Mungkin sudah sedia maklum yang candlestick dan bar mengandungi maklumat  harga (open, high, low, close) pada satu-satu sela masa (timeframe). Manakala line chart biasanya akan plot harga close sesuatu instrument. Tapi disebalik harga-harga ini, penting untuk kita faham apa yang didagangkan?

Sebagai contoh, mari kita lihat apa ada pada chart komoditi:

  • Chart komoditi Crude Oil – Disandarkan pada harga semasa minyak mentah
  • Chart komoditi FCPO – Disandarkan pada harga minyak sawit mentah
  • Chart komoditi Copper – Disandarkan pada harga copper

Chart Komoditi Berpasangan (Pair)

Very straight forward harga yang bergerak pada chart adalah harga komoditi itu sendiri. Macam mana dengan chart yang berpasangan (pair) seperti Spread Contract dan Forex? Saya mulakan dengan contoh dari pasaran spread komoditi. Di pasaran futures commodity, ada pelbagai kontrak hadapan. Januari, Februari, Mac, April dan seterusnya. Kontrak bulanan ini dikenali sebagai outright month.

Gabungan 2 kontrak outright, maka akan terhasilnya Spread Kontrak. Sebagai contoh:

  • FCPO Jan2016 – FCPO Feb2016
  • CL Feb2017 – CL Mac2018
  • NG Dec2016 – NG Jan2017

Disebelah kiri dipanggil near month, dan disebelah kanan dipanggil far month. Apakah harga yang dirujuk pada chart spread? Ahaa.. harga pada chart spread adalah beza antara near month dengan far month. NEAR MONTH tolak FAR MONTH. Macam mana kalau harga pada far month lebih tinggi dari harga near month, macam mana nak tolak? Maka harga pada chart akan jadi negatif.

Trade Chart Pair – Apa yang terjadi sebenarnya?

Apa akan jadi bila kita BUY kontrak spread FCPO Jan2016 – FCPO Feb2016? Akan berlaku 2 transaksi dalam masa yang sama iaitu:

BUY FCPO Jan2016 & SELL FCPO Feb2016

Bila SELL kontrak spread FCPO Jan2016 – FCPO Feb2016?

SELL FCPO Jan2016 & BUY FCPO Feb2016

Personalan: Siapa yang buy dan siapa yang akan sell? Kedua-dua transaksi dilakukan oleh trader. Katalah trader hold position BUY kontrak spread FCPO Jan2016 – FCPO Feb2016 sehingga kontrak expired. Maka trader kena ambil stok minyak pada Januari 2016. Kemudian trader perlu hantar minyak pada Februari 2016.

Benda yang sama juga berlaku pada chart Forex. Apa ada pada EUR/USD? harga yang terpapar adalah perbezaan harga antara matawang EUR dengan matawang USD. Make sense? Jadi apa berlaku:

Bila kita BUY EUR/USD?

BUY Matawang EURO & SELL Matawang USD

Bila SELL EUR/USD?

SELL Matawang EURO & BUY Matawang USD

Persoalan: Siapa yang buy dan siapa yang sell? Dari pembacaan saya (betulkan sekiranya saya salah), sekiranya trader BUY EUR bermaksud trader akan dapat matawang Euro, maka yang ‘terpaksa’ SELL USD adalah dari pihak broker. Begitulah sebaliknya jika trader nak SELL EUR/USD. Jadi adakah pair forex itu sendiri adalah spread? Pada pandangan peribadi saya, ya sudah tentu kerana nilai harga yang ditunjukkan oleh pair adalah hasil tolak Matawang disebelah kiri dengan matawang disebelah kanan.

p/s: Pergerakan pada chart pun menepati hukum alam. Bila nak buy, mesti ada someone yang willing to sell. 

FaizhebatChart – Apa Ada Disebalik Pergerakan Harga
read more

Postmortem Trading Plan 13 Dec 2016

No comments

Postmortem trading dari keputusan trading semalam adalah, gagal untuk mendapat 100 ticks walaupun trading plan dah buat awal. Biasalah kita hanya merancang Allah juga yang Maha berkuasa menentukan. Sedikit postmortem trading semalam dengan 3 kali entry dan ketiga-tiganya kena trailing stop.

Postmortem trading: 2 kali entry SELL dan 1 kali entry BUY dan kesemua entry trigger trailing stop

trading plan result crude oil

Kawasan entry adalah seperti di bawah:

Postmortem trading Crude Oil

Chart dari – http://www.investing.com/commodities/crude-oil-streaming-chart

Pergerakan Crude Oil dalam Range

crude oil trading plan postmortem

Chart dari – http://www.investing.com/commodities/crude-oil-streaming-chart

Market semalam tak bergerak ke level yang dirancangkan walaupun movement bergerak ikut perancangan. Iaitu bergerak ke bawah dahulu untuk SELL kemudian baru bergerak ke atas untuk entry BUY. Dapat diperhatikan movement semalam membentuk satu lagi range kecil antara lower channel dan middle channel yang berwarna hijau. Mungkin ada yang tertanya-tanya, market dah gerak 20-30 ticks kenapa tak ambil? Sebab trading style saya yang mencari 100ticks dalam setiap trade. 🙂

P/s: Sedikit kesilapan yang mungkin boleh dibaiki adalah entry pada candlestick breakout instead of structure breakout (1-2-3 breakout)

FaizhebatPostmortem Trading Plan 13 Dec 2016
read more

Crude Oil Trading Plan 13 Dec 2016

No comments

Oleh kerana semalam Crude Oil agak menggila dengan gap dan pergerakan yang agresif, jadi saya off trade dan let the market unfold. Mungkin kerana keputusan OPEC untuk sekat pengeluaran minyak mentah menyebabkan kenaikan CL. Tapi tak sure la sebab saya bukan tengok sangat news, saja je poyo sebut pasal OPEC sebab kebetulan weekend hari tu ada keluar kat Nightline. 😀

crude oilSumber chart: http://investing.com/commodities/crude-oil-streaming-chart

Trading Plan Explain

Okay, untuk malam ini 13 December 2016 saya punya trading plan Crude Oil adalah macam gambar di atas. Analisa yang saya buat adalah simple je. Tak ada guna macam-macam indicator yang pelik. The simple the better. Saya berpegang kepada konsep KISS iaitu Keep It Simple Stupid (atau apa-apa yang korang rasa sesuai).

Gap: Dari semalam, price CL belum lagi tutup gap. Jadi kemungkinan untuk naik lagi adalah tinggi. Tambahan, pergerakan menurun telah break previous market open price. Kemungkinan bear trap.

Range: Dari segi range, pergerakan price CL masih belum sentuh middle range. Kemungkinan besar akan berlaku re-test pada level mid-range. Price juga mungkin akan re-test level resistance dan menyebabkan harga kembali bergerak ke bawah.

Entry: Sekiranya berlaku seperti yang digambarkan, plan adalah untuk entry SELL pada level resistance untuk intraday dan take profit sekitar level mid-range. Cubaan kedua untuk entry BUY apabila price CL melewati atau sentuh atau break level mid-range.

Risk: Ada kemungkinan untuk price terus turun dan tak patah balik selepas break level mid-range.

P/s: Walau power mana pun teknik trading anda, jangan lupa untuk letak stop loss. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

FaizhebatCrude Oil Trading Plan 13 Dec 2016
read more

Perkara Penting Selain Teknik Trading

No comments

Kalaulah teknik trading adalah perkara paling penting dan dapat menjamin keuntungan, pasti dah ramai orang dapat duit dengan senang lenang. Ya benar, teknik trading yang betul dan mempunyai winning rate yang tinggi sangat diperlukan untuk trade. Takdelah nak trade secara membabi buta je kan.

Tapi pelik ya, walaupun dah pergi bermacam-macam kelas. Dah beli macam-macam custom indicator. Dah join macam-macam group. Tapi masih gagal membuat profit dalam market. Memang tak wujud kah teknik trading yang boleh menjamin keuntungan yang konsisten dalam trading?

Ya, sebenarnya memang tak ada langsung teknik yang menjamin 100% profit dan tak akan loss. Setiap teknik mempunyai peratusan win dan kadar kemenangan yang berbeza. Di sini saya akan tunjukkan kenapa trading dengan gunakan SATU teknik sahaja secara konsisten adalah lebih baik dari tahu banyak teknik dan guna segalanya untuk trade.

Katakan Teknik A, Teknik B dan Teknik C. Ketiga-tiga teknik ini mempunya 50% peratusan kemengangan. Tapi winning rate (masa) yang berbeza.

Dalam 10 kali trade, winning rate untuk teknik A,B dan C adalah seperti berikut:

Teknik Trading Trade 1 Trade 2 Trade 3 Trade 4 Trade 5 Trade 6 Trade 7 Trade 8 Trade 9 Trade 10
A Loss Loss Win Win Loss Win Loss Win Win Loss
B Win Win Loss Loss Win Loss Win Loss Win Loss
C Win Win Loss Win Loss Win Win Loss Loss Loss

 

Katakan seorang trader trade guna teknik A dan B secara gilir-gilir. Trade 1 guna teknik A, trade 2 guna teknik B dan seterusnya. Maka hasilnya adalah seperti berikut:

Teknik Trading Trade 1 Trade 2 Trade 3 Trade 4 Trade 5 Trade 6 Trade 7 Trade 8 Trade 9 Trade 10
A+B Loss Win Win Loss Loss Loss Loss Loss Win Loss

Keputusan adalah membawa kepada penurunan persis kemenangan dari 50% kepada 30%.

Macam mana pula kalau seorang trader trade guna teknik B dan C secara gilir-gilir. Trade 1 guna teknik B, trade 2 guna teknik C dan seterusnya. Maka hasilnya adalah seperti berikut:

Teknik Trading Trade 1 Trade 2 Trade 3 Trade 4 Trade 5 Trade 6 Trade 7 Trade 8 Trade 9 Trade 10
B+C Win Win Loss Win Win Win Win Loss Loss Loss

Keputusan adalah improvement dari segi persis kemenangan dari 50% kepada 60%.

So, bagus ke tak bagus?

Jadi bagus ke tak bagus sebenarnya campur aduk teknik? Jika berlaku pada kes yang pertama (teknik A + teknik B) tak bagus la. Kalau berlaku seperti kes kedua (teknik B + teknik C) bagus la sebab peratusan winning naik. Okay ini adalah situasi ideal yang mana setiap kali entry teknik A muncul masuk, setiap kali teknik B muncul masuk, dan selepas masuk teknik A, selagi tak muncul teknik B, tak boleh nak masuk teknik A lagi.

Ini adalah kes sekiranya peratus kejituan teknik trade itu diketahui dengan data-data bernombor iaitu sekurang-kurangnya ada item masa dan profit & loss dan bukan pakai agak-agak. Sekiranya kejituan tak diketahui? Main bedal lepas tu campur aduk teknik. Kebarangkalian ada 2 iaitu akan menjadi semakin bagus (teknik B + teknik C) atau semakin tak bagus (teknik A + teknik B).

Sebab itulah, banyak kali kita dengar seseorang profit, profit, profit pada satu-satu masa walaupun dia campur aduk teknik. Kemudian akan sampai pada satu masa individu tersebut akan krik..krik..krik.. Sebab apa? Sebab kejituan teknik telah bertukar seiring dengan perasaan over confident individu tersebut dalam memasuki pasaran. Make sense?

trading-fishing

FaizhebatPerkara Penting Selain Teknik Trading
read more