June 2016

Crude Oil Trading Trailing Stop & Re-Entry

No comments

Trailing stop dan re-entry sebagai trading strategy

Malam ini kurang kental untuk re-entry selepas terkena trailing, dan terpaksa berpuas hati dengan P/L $12.50 selepas tolak komisen brokerage.

tp-ts

Entry adalah pada sell stop 46.79 (tapi filled pada 46.78 kerana slippage) berdasarkan kepada gambar di bawah:

entry27062016

Analisa sebelum entry adalah seperti di bawah:

analisa-bearish

  • Market masih berada di bawah bearish trendline (bearish)
  • Masih belum ada momentum bullish (bearish)
  • Akan tetapi perlu berhati-hati kerana price telah berada jauh dari trendline dan sensitif terhadap sebarang bullish momentum (jika ada)
  • Kemudian cari level-level resistance untuk entry, dan labelkan
  • Entry menggunakan candlestick reversal pattern

Sebaik sahaja selepas entry filled pada 46.78 dengan risiko stop loss 8 ticks, pergerakan market kelihatan menarik dan memberikan harapan yang ia bakal menuju ke target profit.

entry-trailing
Tetapi, market reverse kembali dan makan trailing stop saya di 46.76

entry-trailing2

Reason meletakkan trailing stop pada level tersebut adalah kerana 

p/s: Katalah kita semua mempunyai entry yang sama, namun risiko kita berbeza. Ada yang sanggup ambil risiko stop loss yang agak besar, ada yang seperti saya sentiasa play safe dan masuk pada risiko stop loss yang agak kecil (biasanya bawah 10 ticks).

 

 

FaizhebatCrude Oil Trading Trailing Stop & Re-Entry
read more

Follow Trend Guna Indikator Simple Moving Average

No comments

Simple Moving Average adalah contoh indikator common atau dalam bahasa pasarnya, indi yang “koman” diguna dalam analisa teknikal. Ramai trader yang gunakan moving average sebagai panduan untuk trade. Derivative dari Moving Average adalah seperti:

  • Exponential Moving Average (EMA)
  • Double Exponential Moving Average (DEMA)
  • Triple Exponential Moving Avergae (TEMA)
  • Weighted Moving Average (WMA)
  • Guppy Multiple Moving Average
  • Dan banyak lagi

Apa pun namanya, saya suka untuk mencari sesuatu yang simple but applicable dalam trading. Sebab, decision atau keputusan trading mesti dibuat dalam split second dalam live trading. Saya gunakan Simple Moving Average saja dalam contoh ini.

Trend Idea Moving Average

Ok, berdasarkan idea dari GMMA yang menggunakan 2 set kumpulan moving average untuk mendefinasikan trend iaitu short-term (3, 5, 8, 10, 12 dan 15) dan long-term (30, 35, 40, 45, 50 dan 60). Kita bincangkan GMMA pada post lain, cuma kita ambil idea Moving Average cross-over antara price short-term dan price long-term. Untuk itu, saya akan gunakan 2 timeframe yang mewakili short-term iaitu 5 minit dan long-term iaitu 1 jam.

Setting Simple Moving Average

Andaikan dalam 1 hari trading session Crude Oil adalah 23 candlestick yang mewakili 23 jam dan dalam 1 jam ada 12 candlestick 5 minit.
Jadi saya akan gunakan SMA 12 sebagai short-term dan SMA 23 sebagai long-term. Atau senang cerita saya akan gunakan SMA 12 cross-over SMA 23.

Rules:

  • Apabila SMA12 (short-term) cross above SMA 23 (long-term) – permulaan trend bullish
  • Apabila SMA 12 (short-term) cross below SMA 23 (long-term) – permulaan trend bearish
  • Follow trend pada major time frame
  • Entry pada minor time frame

Major Timeframe (1 Jam)

Tunggu SMA cross-over (above or below) pada major timeframe iaitu 1jam. Sebagai contoh, chart Crude Oil 17 Jun 2016, 19:00 seperti di bawah:

 

Simple Moving Average 1hr CL

Dapat dilihat pada gambar chart di atas, SMA 12 cross-above SMA 23. Berdasarkan rules yang kita buat di atas, apabila short-term SMA cross-above long-term SMA menandakan permulaan trend bullish iaitu menaik. Seterusnya, buka chart instrument yang sama tapi tukar ke timeframe minor iaitu 5 minit.

Simple Moving Average CL 5 minit

Minor Timeframe (5 minit)

Pada masa ini, chart 5 minit kelihatan dah naik tinggi. Jadi, jangan terus masuk market dengan entry BUY. Tapi tunggu dulu sehingga memenuhi keadaan seperti di bawah:

Di sini, beberapa variable yang boleh di tukar dan di fine tune adalah:

  • Major & minor timeframe – boleh guna selain 1jam dan 5minit, kena backtest sendiri
  • Parameter short-term & long-term SMA – boleh guna selain SMA 12 dan SMA 23, kena backtest dan forward test sendiri.

p/s: asalkan faham konsep dan kegunaan tools, tak perlu sangat tercari-cari teknik yang perfect kerana tak ada pun teknik yang perfect.

FaizhebatFollow Trend Guna Indikator Simple Moving Average
read more

Follow Trend Bila Nak Trade

No comments

Kerap kali kita terima advice seperti, trend is your friend, trade mesti ikut trend dan yang seumpamanya. Tapi jarang sekali individu yang memberikan advice tersebut memberikan apakah ertinya trade mengikut trend?

“Saya nak trade ikut trend, tapi kalau trend dah develop, macam mana nak ride trend?
Bila nak masuk market? Bila nak entry?”

Ok macam ni. Kita fikirkan trend kepada 2 jenis iaitu

  • Major Trend
  • Minor Trend

Trend mana yang kita akan follow? Minor atau major trend? Ya sudah tentu kita akan ikut arah Major trend. Jadi ideanya adalah, follow major trend dengan counter minor trend. Atau dalam penjelasan lain tunggu sehingga minor trend batal, kemudian cari entry berdasarkan arah major trend.

Ok kita go through dengan soalan.

  1. Apakah major trend?
  2. Adakah minor trend dah ada?
  3. Adakah major trend masih valid?
  4. Adakah minor trend dah batal?

Teknik trading: Anything! Apa sahaja teknik trading setup boleh digunakan sekiranya trend analisis kita betul.
Contoh: kita gunakan indicator Stochastic Slow default setting (14,3,3) sahaja sebagai guide untuk trade.
Guideline: Level StochasticSlow atas 80 adalah overbought, level StochasticSlow bawah 20 adalah oversold. Dari maklumat StochasticSlow , kita akan tengok major trend pada level mana? pada level oversold atau overbought?

Major Trend dan Minor Trend

Kejap2, macam mana nak differentiate between major trend dengan minor trend kan? Ok, tak payah complicated, just be very simple, major trend kita refer kepada timeframe lebih besar sebagai contoh daily atau1hour. Manakala, minor trend refer kepada timeframe lebih kecil iaitu 15 minutes atau 5 minutes.

Major Trend – Timeframe 1 hour

CL Stochslow Oversold 1hour

Di timeframe daily dan 1hour, kedudukan StochasticSlow adalah pada position oversold (lihat anak panah) iaitu di bawah level 20. Kesimpulannya, trend sell adalah sangat kuat. Apa gila nak cari buy. Tapi bila pula kita nak cari sell? Kita akan cuba mencari sell bila ada pullback. Pullback yang macam mana?

FaizhebatFollow Trend Bila Nak Trade
read more

Trading Setup Sebelum Masuk Pasaran

No comments

Penting Sangatkah Trading Setup?

Majoriti trader cenderung untuk sentiasa tercari-cari trading setup. Bila tahu trading setup A memberikan ketepatan 90%, maka berbondong-bondonglah para trader memperkata tentang teknik A. Sibuk nak tahu tentang setup A. Selepas beberapa ketika, dapat tahu pula Setup B boleh masuk pasaran lebih awal dari setup A dengan risiko stop loss kurang dari 1 point (errr.. kurang dari 1 point berapa ya?) 😀

Tak pernah puas dengan pencarian trading setup. Maka, good luck saya ucapkan dalam pencarian kalian.

 

trading-checklist

Apa yang tersirat adalah, sebelum masuk pasaran, sebelum buat keputusan untuk entry, sebelum berfikir nak gunakan teknik setup yang mana satu, ada 2 daripada 4 aturan yang perlu diberikan perhatian yang serius sebelum trading setup. Apa aturan tersebut?

  1. Cari arah pasaran bergerak, kemana arah trend?
  2. Adakah price berada pada kawasan support atau resistance?
  3. Adakah terdapat trading setup?
  4. Adakah trading setup bagus dari segi risk and reward?

Nampak tak, trading setup jatuh pada nombor 3 dan penilaian semula pada langkah ke-4. Ada 2 langkah yang perlu diambil kira sebelum sampai kepada langkah trading setup. Cuba ingat balik, dah berapa lama anda trade dalam apa-apa pasaran sekalipun. Dah berapa langkah anda langkau? Jadi berhentilah salahkan apa-apa trading setup kalau nombor dalam akaun trading semakin menyusut, kalau 4 langkah asas ini tak dapat difahami.

Mencari Arah Pasaran (Trend Pasaran)

Gunakan apa sahaja skill, teknik, indicator, support, resistance, snd, trendline.. Apa saja yang boleh digunakan untuk define trend pasaran semasa, trend yang sedang berlaku, masa ini. Contoh, gunakan trendline untuk define trend semasa.

Cl-trendlineUp2

Gambar di atas adalah chart Crude Oil kontrak Julai 2016. Berdasarkan trendline yang dilukis, maka kesimpulan adalah TREND BULLISH, trend sedang naik, trend up. Jadi, fokus kan pada buy sahaja. Dengan memberikan fokus hanya kepada BUY, sekiranya trading setup kita muncul untuk masuk SELL, janganlah masuk. Tunggu saja trade setup buy muncul semula.

Harga Berada Pada Support atau Resistance?

Ingat ya, bila trend kata buy, jangan nak mengada-ngada nak cari entry sell. Sila abaikan semua entry sell dan fokus pada pencarian buy. Apabila setup trading buy muncul semula. Adakah kita boleh terus masuk order? Nanti dulu, tengok dulu harga semasa berada pada level support atau resistance.

Dari chart di atas, bullish setup bar atau lebih dikenali dengan hammer berlaku pada level support trendline. Jadi, untuk buy menggunakan setup ini adalah logik dan reliable.

Ada Trading Setup?

Ya ada bullish reversal candlestick setup berlaku. Tapi sebelum itu ada 2 trading setup untuk sell. Oleh kerana trend adalah buy dan sell trading setup berlaku pada kawasan support (sepatutnya sell pada resistance), jadi apa rasionalnya untuk kita masuk position sell? Lihat chart seterusnya

p/s: Anda patut buat sesuatu jika trading evaluation anda tak seperti ini. Maka jelaslah, tanpa langkah analisa yang teratur, trading setup adalah nothing!

FaizhebatTrading Setup Sebelum Masuk Pasaran
read more